Muhammad Qasim | Muhammad Qasim bin Abdul Karim

Petunjuk Allah ﷻ kepada Muhammad Qasim dan Lukisan yang Menakjubkan

Petunjuk Allah kepada Muhammad Qasim dan Lukisan yang Menakjubkan

Disember 2015

﷽

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhammad Qasim menceritakan mengenai mimpinya:

Dalam mimpi ini, saya melihat sebuah bilik yang sangat besar di mana terdapat sebuah papan lukisan gergasi di dinding. Terdapat banyak pasangan cat dan berus yang berbeza, dan saya melihat tiga atau empat ekor lembu sedang meragut rumput. Kemudian tiba-tiba Allah ﷻ  memerintahkan saya untuk melukis satu lukisan yang sama seperti yang Dia telah tunjukkan kepada saya dalam mimpi-mimpi.

Saya mula melukis dari satu sisi dan saya melukis dengan tepat seperti yang Allah ﷻ  kehendaki. Kemudian perlahan-lahan saya mula merasa letih selepas menggunakan banyak tenaga. Akhirnya, saya hanya mampu melukis separuh papan tersebut. Saya berkata kepada diri saya, “Bagaimana saya tidak dapat melukis lebih daripada ini?”

Saya begitu keletihan. Saya hanya menyelesaikan separuh daripada lukisan itu. Tetapi separuh lagi masih belum siap. Dalam keadaan penuh putus asa, saya meninggalkan lukisan itu dan mula berjalan ke bahagian lain bilik di mana disitu terdapat sebuah pintu. Saya mengambil sekilas pandangan terakhir kearah lukisan yang telah saya buat. Saya berkata kepada diri saya, “Saya telah mencuba sedaya upaya untuk mematuhi perintah Allah ﷻ, tetapi saya tidak dapat menyelesaikan tugas yang Dia berikan kepada saya.”

Pada saat itu juga, Allah ﷻ memerintahkan lembu-lembu tersebut untuk melengkapkan separuh lagi lukisan yang belum siap. Dan yang mengejutkan saya, lembu-lembu itu mengambil berus dengan salah satu kaki hadapan mereka dan mula melukis. Saya keliru dan berfikir, bagaimana lembu-lembu ini boleh menjadi begitu bijak? Saya berlari ke arah mereka, tetapi mereka melukis dengan begitu pantas sehingga mereka telah selesai melukis sebelum saya sempat sampai, dan kemudian mereka kembali meragut rumput. Apabila saya cuba bercakap dengan lembu-lembu itu, mereka tidak memberi sebarang respon. Lukisan tersebut begitu indah. Kemudian, ia menjadi terkenal di seluruh dunia. Orang ramai memuji saya dengan berkata, “Qasim adalah seorang pelukis yang hebat.” Saya berkata, “Tidak, sebaliknya segala pujian hanya milik Allah ﷻ, dan Allah ﷻ  adalah sebaik-baik Pencipta.” Orang ramai beranggapan bahawa saya adalah seorang pelukis yang luar biasa, dan media bertanya kepada saya dari mana saya mendapat idea ini. Saya tetap diam, tetapi dalam hati saya tahu bahawa Allah ﷻ  yang telah membuat lukisan ini. Dia ingin memuliakan saya dengan memberikan saya penghargaan itu.

Dalam mimpi itu, apabila saya melihat lukisan tersebut, bahkan saya sendiri tidak dapat berkata apa-apa selain, “SubhanAllah.”

Mimpi itu berakhir di situ.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Related Post

Scroll to Top