03/05/2020
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muhammad Qasim memberitahu mengenai mimpinya:
Muhammad Qasim melihat dalam mimpinya bahawa, saya keluar dari rumah saya dan melihat sebuah taman di situ. Kemudian, saya nampak sebuah bangunan besar sedang dibina dan hampir siap. Saya juga melihat sebuah bilik besar seperti dewan di dalam bangunan itu, yang mempunyai beberapa katil di dalamnya. Salah satu katil itu diduduki oleh seseorang yang saya kenal, dan dia berkata, “Ini katil saya.” Saya berkata kepada diri saya, “Apa yang dia buat di sini?!” Dia menjawab, “Jika ada orang lain yang mahu tinggal di sini, mereka boleh datang dan mengambil katil yang lain untuk diri mereka.”
Saya pergi ke salah satu sudut dewan ini seperti bilik dan melihat sebuah taman di sebelah kiri saya. Kemudian, seorang lagi individu yang juga saya kenal datang ke situ. Di sini, saya berkata, “Keadaan berkaitan Corona akan kekal seperti ini selama beberapa bulan, dan jika perintah kawalan pergerakan yang ketat dilaksanakan, ia akan lebih selamat. Jika tidak, virus akan merebak.” Ketika itu, saya teringat mimpi mengenai gempa bumi, dan saya berkata kepada mereka, “Ekonomi beberapa negara akan musnah akibat virus ini. Malah, mungkin ada negara yang hancur sehingga hanya nama mereka sahaja yang tinggal.” Ketika ini, saya teringat bahagian mimpi gempa bumi di mana bangunan-bangunan perniagaan mula runtuh. Kemudian, saya terfikir tentang Pakistan, tetapi saya tidak berkata apa-apa kerana risau ia mungkin menjadi kenyataan.
Di sini, individu lain itu berkata, “Jika ekonomi negara-negara akan runtuh, kita patut dapatkan dolar dan menyimpannya.” Saya menjawab, “Tidak! Cadangan saya ialah kita patut beli dan simpan emas kerana ia akan diterima di mana-mana negara.”
Mimpi itu berakhir di situ.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

