6 Juni 2021
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Muhammad Qasim menceritakan mimpinya;
Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada 6 Jun 2021. Pada permulaan mimpi ini, saya melihat Imran Khan mempromosikan dan bercakap tentang pencapaiannya. Beliau mengatakan bahawa tempoh kepimpinannya lebih baik daripada masa lalu dan Pakistan sedang maju. Terdapat orang lain yang turut hadir di sana yang memberikan tepukan kepada Imran Khan. Selepas melihat ini, saya berkata, kenyataan tidak seperti yang dikatakan oleh Imran Khan; angka-angka ini salah dan palsu. Kerana realiti di lapangan, bagi rakyat biasa, adalah berbeza. Saya juga berkata bahawa Imran Khan perlu memberi tumpuan kepada Afghanistan juga.
Kemudian saya melihat bahawa mimpi-mimpi saya tersebar di negara lain. Pada masa ini, sekumpulan orang menjadi berkuasa di Afghanistan. Dan orang-orang ini mendapat tahu bahawa Pakistan secara rahsia telah memberikan pangkalannya kepada Amerika Syarikat, supaya kerajaan Amerika boleh memantau mereka. Setelah mengetahui rahsia ini, kumpulan dari Afghanistan tersebut mengancam Pakistan. Dan tidak lama selepas itu, mereka meningkatkan aktiviti keganasan di Pakistan.
Saya ingat balik bahawa dalam mimpi saya berlaku satu letupan, dan kumpulan ini menjadi semakin agresif. Seluruh Pakistan memberikan reaksi terhadap kejadian ini, dan rakyat mengkritik kerajaan kerana secara rahsia memberikan pangkalan kepada Amerika.
Imran Khan juga bimbang dengan reaksi daripada orang ramai. Dia berkata bahawa, kejadian keganasan sebelum ini dapat dikawal dengan baik di Pakistan, dan sekarang orang ramai akan menyalahkan saya atas apa yang sedang berlaku hari ini. Rahsia sokongan kerajaan kepada Amerika juga sudah diketahui umum. Semua ini kini akan menjadi tanggungjawab saya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

