Muhammad Qasim | Muhammad Qasim bin Abdul Karim

[spt-posts-ticker]

Janji Allah dan Pembinaan Kota Ajaib

Promise of Allah and the Establishment of a Miraculous City

10/02/2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhammad Qasim menceritakan mengenai mimpinya:

Dalam mimpi ini, saya (Muhammad Qasim) melihat diri saya sedang menyelesaikan satu perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan. Kemudian, saya tiba di sebuah tempat yang dipenuhi bangunan tinggi. Saya memanjat ke atas salah satu bumbung bangunan tersebut dan berkata kepada diri saya sendiri, “Di sinilah tempat dimana  aku perlu melompat dari tepi. Kemudian setelah itu , aku akan dapat terbang di udara dengan rahmat Allah.”

Saya memerhati sekeliling untuk memastikan keadaan selamat. Namun, apabila saya melihat ke arah langit, saya mendapati ada kuasa yang telah memasang jaring untuk menghalang sesiapapun daripada terbang. Hal ini benar-benar melemahkan semangat saya. Saya berfikir, “Apa yang patut aku lakukan sekarang? Jika aku melompat, aku tidak akan dapat terbang dan mungkin akan jatuh kerana ada jaring di atas.” Kemudian, saya mengingatkan diri sendiri , “Tidak! Qasim! Allah telah berjanji bahawa Dia akan melindungiku dan tidak akan membiarkan aku gagal.”

Saya sedar bahawa saya tiada pilihan lain kecuali melompat dengan penuh kepercayaan kepada Allah. Tanpa keyakinan ini, saya tidak akan berjaya. Dengan tekad yang kuat, saya pun meletakkan sepenuh harapan kepada Allah.

Saya mula berlari ke arah tepi bangunan dan terus melompat ke hadapan, lalu saya mula terbang ke atas. Kemudian, Allah mengoyak jaring di langit itu dengan RahmatNya. Saya berjaya keluar dari tempat itu dengan mudah. Selepas itu, saya melihat ke bawah dan melihat orang ramai sibuk dengan urusan masing-masing. Namun, ada beberapa orang melihat saya terbang dan berkata, “Lihat! Qasim sedang terbang di udara.”

Sebahagian dari orang itu berkata, “Ke mana sahaja dia pergi, di situlah tempat yang dipenuhi rahmat dan keberkatan Allah.” Kemudian mereka berkata lagi, “Mari, kita ikuti dia!” Lalu, mereka meninggalkan rumah-rumah dan pekerjaan mereka yang selesa. Mereka mula berlari menuju arah yang sama seperti saya.

Saya terbang jauh dan akhirnya tiba di sebuah tempat yang memiliki sebuah bandar yang sangat indah. Bandar itu begitu maju, terancang dengan baik, dan memiliki seni bina yang luar biasa cantiknya, sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Terdapat bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang indah, malah jalan-jalan di bandar itu juga sangat menakjubkan. Bandar itu dihiasi dengan warna-warna yang mempesona, dan bangunannya sangat bersih. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keindahan bandar tersebut, dan tiada fikiran manusia yang dapat membayangkannya. Bandar ini seperti sebuah keajaiban.

Kemudian saya terfikir, “Siapakah orang-orang ini yang telah Allah kurniakan kebijaksanaan untuk membina bandar yang sebegini hebat?” Lalu pada saat itu, Allah berfirman dari langit, “Qasim! Bandar ini akan dibina olehmu dan mereka yang bersamamu dengan rahmat dan pertolongan-Ku.”

Mimpi itupun berakhir.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Related Posts

10pressmalay

Muhammad Qasim Menentang Keganasan & Kemusnahan atas Nama Agama

Untuk Siaran Segera Muhammad Qasim tidak mempercayai keganasan, penindasan, atau pemusnahan harta sebagai cara untuk menghapuskan syirik. Beliau mengakui bahawa penguatkuasaan undang-undang agama dan peraturan berkaitan syirik, seperti imej, patung, makam, dan tempat ibadah bukan Islam, adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

Read More
Scroll to Top