27 Mac 2015
﷽
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muhammad Qasim menceritakan mengenai mimpinya:
Dalam mimpi ini, saya berada di rumah lama saya. Segala-galanya rosak dan tidak ada cahaya. Saya berkata, “Mungkin ini sudah tertulis dalam takdir saya untuk hidup dalam kegelapan ini selama-lamanya.” Tetapi kemudian Allah muncul di atas arasy-Nya dan berkata, “Qasim! Sampai bila kamu akan terus hidup dalam kegelapan ini? Keluar dari rumahmu dan carilah tempat rahmat dan keberkatan-Ku, tempat yang tiada kegelapan dan kesedihan.” Dengan penuh kegembiraan, saya segera meninggalkan rumah sambil merenung betapa baiknya Allah yang telah datang untuk membawa saya keluar daripada kegelapan ini.
Saya berjalan tidak jauh sehingga saya terlihat 8 atau 10 ekor singa besar yang lapar sedang mengaum. Saya berlari pulang ke rumah dengan ketakutan dan menutup pintu dengan kuat. Saya berkata, “Ya Allah! Ada 8 hingga 10 ekor singa besar yang lapar di luar sana, mereka akan memakan saya hidup-hidup!” Kemudian Allah berkata, “Percayalah, tiada seekor pun daripada mereka dapat menyentuhmu.”
Saya melihat keluar tingkap mencari singa-singa itu, tetapi pada masa yang sama, 3 ekor anjing yang menakutkan muncul berlari ke arah saya sambil menyalak dengan ganas. Saya mundur ke belakang dan jatuh terduduk. Anjing-anjing itu melanggar penghadang logam di tingkap dan lalu terjatuh. Saya berkata kepada Allah, “Lihatlah, anjing-anjing ini menyerang saya, dan Engkau berkata tiada singa yang lapar dapat menyentuh saya?” Saya duduk di penjuru dinding, dan Allah menjadi murka. Dia menurunkan petir kepada anjing-anjing itu, dan mereka mati di situ juga.
Allah berkata, “Qasim! Patuhi perintah-Ku atau hidup dalam kegelapan ini selama-lamanya. Percayalah, Aku akan melindungimu dan membawa kamu ke takdirmu. Dan Qasim, Aku Maha Berkuasa atas segala apa yang Aku lakukan.”
Allah pergi, dan saya terus berbaring di situ memikirkan apa yang patut saya lakukan. Lalu saya berfikir, apapun yang aku lakukan, kematian tetap akan menjemputku. Lebih baik aku mati di luar daripada mati dalam kegelapan ini. Dan sebagaimana Allah katakan, bahawa DIa akan melindungiku dan akan membawaku ke tujuanku, maka aku harus percaya kepada Allah.
Saya tiada pilihan lain, lalu saya menyebut nama Allah dan keluar dari rumah dengan penuh ketakutan dan kegelisahan. Saya malah meninggalkan pintu rumah terbuka supaya saya dapat berlari kembali dengan mudah. Dengan berhati-hati, saya melangkah perlahan-lahan. Saya tidak melihat seekor pun singa. Tidak lama kemudian, saya melihat lengan seekor singa yang terpisah dari tubuhnya. Saya tertanya-tanya, siapakah yang mampu membunuh seekor singa yang menakutkan seperti ini?
Semakin jauh saya berjalan, saya melihat kepala seekor singa dan tubuh seekor singa lain. Melihat itu, saya berkata, “Tiada siapa yang mampu melakukan ini kecuali Allah.”
Saya ternampak sebuah bangunan besar, dan lalu saya naik ke bumbungnya untuk mencari Allah. Saya melihat Nur Allah bergerak ke suatu arah, lalu sayapun mengejarnya. Apabila saya sampai ke tempat Nur itu, ia hilang. Nur Allah sangat memikat sehingga saya tidak sedar bahawa saya telah berada di atas tanah. Saya menjadi terkejut memikirkan mengapa saya tidak terjatuh? Pada ketika itu saya memahami, bahawa sesungguhnya Allah menjaga saya sepanjang masa.
Saya sangat teruja dan memanggil Allah sambil berkata, “Di manakah Engkau?”
Kemudian Allah menyebut nama destinasi saya dan berkata, “Qasim! Aku di sini, datanglah dengan segera.” Dengan penuh semangat, saya melihat kawasan itu dan berkata kepada diri sendiri, “Saya perlu sampai kepada Allah.” Tidak lama kemudian, saya melihat sebuah motosikal mewah berwarna hitam. Saya menunggangnya, tetapi jalan itu dipenuhi lumpur yang memperlahankan saya. Saya berharap jalan itu baik supaya saya boleh memecut.
Apabila saya mengatakan perkara ini, sebuah jalan berturap hitam muncul dari dalam bumi dan terbentang luas. Saya berasa gembira lalu menunggang motosikal saya dengan kelajuan penuh sehingga tiba di destinasi saya.
Bangunan ini sungguh indah, seperti sebuah rumah ladang megah yang digunakan orang untuk bersiar-siar dan berhibur. Saya berasa sangat gembira lalu melangkah masuk ke dalamnya. Suasana di dalam bangunan itu sangat tenang dan damai. Ia seolah-olah tiada sesiapa yang pernah datang ke sini selama berabad-abad dan warna bangunan itu kelihatan agak pudar. Ketika melangkah ke hadapan, saya melihat seseorang baru sahaja mengecat bangunan itu, dan rasanya seperti Allah akan memakmurkan bangunan tersebut semula dan menjadikannya seperti baru.
Saya juga melihat haiwan yang halal seperti rusa dan lain-lain. Saya berjalan dari satu bilik ke bilik yang lain sehingga tiba di sebuah dewan besar. Di dalam dewan itu terdapat Nur Allah. Allah berkata, “Qasim! Bukankah Aku telah memberitahumu bahawa Aku akan membawamu ke sini dengan selamat?” Saya berkata kepada Allah, “Engkau telah menunaikan janji-Mu dan menunjukkan jalan kepada saya. Engkau telah mengeluarkan saya dari kegelapan dan membawa saya kepada cahaya. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pemberi petunjuk.”
Saya berkata, “Saya akan mandi esok pagi dan menyelesaikan kerja saya, kemudian saya akan memberitahu Engkau tentang penyelesaiannya.” Allah menjawab dengan nada serius, “Qasim! Jika kamu menyelesaikan semua kerja kamu esok, maka Aku akan menegakkan Qiyamah (Hari Kiamat) pada waktu petang.”
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

