﷽
21/12/2017
Assalamo Alaikum!
Muhammad Qasim menceritakan mimpinya:
Dalam mimpi ini, saya mendapat tahu bahawa Presiden Amerika Syarikat akan membincangkan satu rancangan rahsia. Saya fikir rancangan ini mungkin juga berkaitan dengan Palestin. Kemudian saya berkata, “Rancangan ini mungkin juga menjadi satu rancangan yang sangat penting terhadap umat Islam. Saya perlu pergi ke sana untuk melihat apa yang akan dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat.” Kemudian, saya menaiki sebuah pesawat dan pergi ke tempat itu. Presiden Amerika Syarikat sedang duduk di sebuah tempat seperti pejabat. Beberapa orang lain yang turut berada di situ. Saya masuk ke dalam tempat itu tanpa disedari oleh sesiapa. Kemudian, tiba-tiba Presiden Amerika Syarikat berdiri sambil memegang sehelai kertas di tangannya dan berkata, “Hi India.” Saya berfikir, “Apa maksudnya dan kenapa dia berkata begitu?” Kemudian, Presiden Amerika Syarikat menunjukkan kertas itu kepada semua orang, dan saya terkejut melihatnya. Ianya adalah peta Pakistan dan India yang diwarnakan dengan warna yang sama. Presiden Amerika Syarikat berkata, “Sekarang Pakistan akan dikawal oleh India.” Dia menandatangani peta tersebut sambil ketawa terbahak-bahak, kemudian menunjukkan peta itu selepas menandatanganinya dan terus ketawa lagi bahawa sekarang India akan mengawal Pakistan.
Saya berasa sedih apabila menyedari bahawa dia sebenarnya merancang sesuatu ke atas Pakistan, dan dia mungkin telah berkata “Jai Hind” dan bukan “Hi India.” Saya tidak percaya semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya segera berlari pulang dan memberitahu rakyat Pakistan, “Amerika Syarikat mempunyai rancangan ke atas Pakistan selepas Palestin. Bangkitlah dan selamatkan negara ini.” Mereka menjawab, “Qasim! Rancangan seperti ini telah dibuat terhadap Pakistan sebelum ini, tetapi tiada apa-apa yang berlaku, dan Pakistan masih berdiri teguh. Tentera kita sangat kuat, dan tiada siapa yang berani mencabar Pakistan. Lagipun, kita telah mengalahkan India berkali-kali sebelum ini.” Saya berkata, “Ya, betul! Tetapi kita tidak boleh memandang rendah kekuatan pihak yang zalim, dan kali ini India mempunyai sokongan daripada kuasa lain juga. Tidakkah kamu semua ingat bahawa umat Islam pernah berfikir seperti ini dalam Perang Uhud? Pada mulanya mereka menyangka mereka telah memenangi peperangan, tetapi secara tiba-tiba mereka terperangkap, keadaan bertukar, dan umat Islam mengalami kerugian besar.”
“Kita tidak boleh memandang rendah musuh kita, dan sebagaimana mereka merancang, kita juga harus merancang untuk menyelamatkan negara kita.”
Kemudian saya mengambil jalan lain. Dalam perjalanan, saya melihat beberapa burung terbang di langit. Saya berkata, “Burung jenis apakah ini?” Tetapi apabila saya melihat dengan lebih teliti, ternyata itu bukan burung, tetapi pesawat musuh yang terbang pada ketinggian yang sangat tinggi. Melihat pesawat-pesawat itu, saya menjadi sangat bimbang kerana pesawat musuh sudah mula terbang di ruang udara Pakistan, dan sukar untuk membezakan sama ada itu burung atau pesawat, tetapi jumlahnya sangat banyak.
Kemudian saya pergi ke sebuah bangunan besar dan bertemu dengan beberapa orang di sana. Saya memberitahu mereka perkara yang sama, dan mereka juga berkata, “Tentera Pakistan akan menguruskan perkara ini.” Saya menjawab, “Berapa banyak kerja yang perlu dilakukan oleh tentera Pakistan? Adakah mereka bertanggungjawab untuk segala perkara? Dan kamu semua tidak memikul sebarang bertanggungjawab langsung?” Saya berkata lagi, “Tentera sedang melakukan segala yang termampu, tetapi disebabkan kekurangan dana, musuh menyerang dari kawasan di mana tentera Pakistan tidak berada, dan Pakistan turut mengalami kerugian kewangan. Tentera tidak boleh berperang tanpa dana.” Kemudian saya berlalu dari situ, pulang ke rumah, dan mula berfikir, “Semua orang ini seperti sedang tidur. Bagaimana rancangan musuh dapat dihentikan daripada berjaya?”
Dan mimpi itu berakhir di situ.
Walaikum Assalam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu

